Tuesday, July 8, 2008

Sipadan-Mabul-Kapalai



29 March - 1 April aku kena g meeting d Sipadan Water Village, Mabul Island, Sabah. Untuk aku yang memang tak suka duduk office ni memang sesuai sangatla when my bos ask me to go. Represent my division la kononnya. padahal i know nothing pun pasal menda2 nak discuss dalam meeting tu...haha..




Aku dah few times la sampai Sabah ni. tapi setakat KK je la. paling jauh pun Kudat and Keningau. Tu yang excited skit bila nak kena g Sipadan ni. Ye la, ramai sangat yang bagitau aku pulau tu cantik. so, nak la gak g tengok. Yang first ni gambar yg d ambik sejurus jejak jer kaki kat jeti Mabul Island lepas 45min naik bot. Nasib baik sempat berkenalan (kat hotel kat Tawau) ngan member yang suker posing gak. apa lagi, tukar2 jadi cameraman la.hehe...

Pix 2nd ni plak kat depan pintu masuk resort la kan..harus gitu...Mabul ni memang cantik la. tenang jer rasa. Bilik aku bukan yg seaview la kan macam biasa.big-big bos je la yang duduk bilik atas air, seaview segala..

Yang aku paling suka design shower resort ni yang open air gitu...cantik sangat.haha.






Then, lepas lunch, terus jer ada trip untuk snorkeling. geng2 ladies ni mula2 tak nak ikut. aku sorang jer yang beria angkat tangan nak join bila ada staf sana tanya.haha.Tapi aku berjaya convince diorang yang snorkeling ni safe..siap pakai safety jacket lagi kan..harusla timbul.so, semua pun g la naik bot ke Sipadan Island utk snorkeling..

Aku yang boleh berenang gaya berudu jer ni pun bersemangat waja giler nak snorkeling bila first tengok view Sipadan yang cantik sangat tu. cam dalam movie plak.haha...berangan jadi Mermaid (but Mermaid with life jacket...hmmm)..hehe..

Then, ada sorang abang yg bawak boat ni offer nak bawak aku yang tak berapa confident nk snorkel ni tuk ikut dia..apa lagi, ajak lagi 2 member, then abang tu bawakla kami tengok coral and macam2 ikan lagi ni ha...yang bestnya, dapat tengok turtle and shark..aku pun first time tengok baby shark tengah tido gamaknyer kot.ni apa yg abang tu cakapla kan.aku bukannyer kenal ikan sangat pun.ikan sardin dalam tin tu aku hafal la fizikalnyer..hehe.setelah hampir 5jam kat Sipadan, and selepas dua kali aku ikut abang tu g tengok turtle kat tempat yang dalam (sampai kena ambik ngan bot..haha), kami pun balik la Mabul balik.

Malam tu ada meeting. Tapi badan penat tak hengat. Nak rest pun tak sempat. So, apa lagi, start je meeting, aku pun start menguap, then disusuli ngan bukaan mata yang cuma 3mm rasanya...hehe.bercawan-cawan kopi aku minum. Tapi ngantuk, tetap...huhu.Habis meeting pun pukul 11mlm. balik jer terus tido. yerla line celcom kat bilik jap ader jap takder, tak bleh nak jawab call saper2, so, layan tido la.

Then pagi2 esoknya, terus bersiap nak g Sempoerna. Then lepas visit LKM Madai, terus jer balik hotel kat Tawau. sampai pun dah pukul 5ptg. Tido 1mlm kat Marco Polo Hotel Tawau then pagi 1April balik sini.